Wednesday, February 13, 2008

PRU TWELVE
PM dah announce Parlimen bubar semalam, 13 Feb 2008. Maknanya bermula hari ini hingga 8 Mac, the existing government no longer in power.
Maknanya, kita kini ditadbir oleh abang polis dan askar. Papa mengundi di Pasir Mas, Mama pula di Kuantan.
InshaAllah Papa akan undi parti yg papa tak payah jawab diakhirat nanti....

Sunday, February 10, 2008

UMRAH
Alhamdulillah, proses awal utk perjalanan umrah kami bermula hari ini. Papa update buku tabung haji dan ambik duit sikit bayar deposit. Lepas tu papa terus ke pejabat Rayhar, jumpa ustaz, dapatkan serba sedikit penerangan dan bayar deposit. Papa dah register nama papa, haziq hakim dan mummy. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami. Suntikan vaksin boleh dibuat di poliklinik beserah (095445633), hari khamis shj (free). Cuma wan saja kena buat surat wakil dari waris, maybe pakcik atan la kena sign surat tu.
GTN BUSINESS PLAN

Alhamdulillah, sessi 2008 telah selamat berlansung di Residence Resort Paka pada 7 hingga 9 Feb 2008. Kami bertolak dari Sg Isap jam 4 pm, singgah minum air nyor di Cherating. Hadi makan mi celup ( favourite dia la tu..) dan air nyior ..mama dan papa tumpang tulong perabih hok diorang. Sampai di Resort jam 6pm, terus check in,,,the room (exec suite) was very nice, ada ruang tamu serta pantry. Since everybody was hungry, kami terus ke restoran selepas solat jamak maghrib dan isya berjamaah dengan mama, hakim dan hadi. Papa tak ingat uthman solat ke tidak, yg papa tau dia asyik bersilat ala ultromen tiga...
Dinner quite ok la...kami jumpa sushi, apalagi orang lain kempunan la..
Papa terus ke meeting room jam 830 pm, leaving the kids to mama.
Meeting pasal apa? pasal BP utk 2008, tak payah la papa cerita kat sini, yg pasti kami akan terus kerja kuat utk kejayaan syarikat, inshaAllah.

Tuesday, February 05, 2008

UMRAH
Inshaallah tahun ini kami bercadang untuk mengerjakan umrah, so sekarang ni tengah sibuk checking harga dgn travel agents di sekitar kuantan. InshaAllah jika ada rezqi papa nak bawa abang dan ngah. Wan pun akan turut serta...inshaAllah.

Monday, February 04, 2008

testing
Alhamdulillah, tahun ni anak anak papa dah mula sekolah.
Muhammad Haziq kini belajar di Akademi Tahfiz ATIQ di Kuala Penurhttp://www.nuuratiq.org, bawah bimbingan tok guru papa, Ust Mokhtar Senik.
Semoga Allah beri kejayaan kepada Abang dan anak anak papa yg lain.

Abdul Hakim, darjah 5 dan Abdul Hadi darjah 2 meneruskan pengajian di Sekolah Islam Irsyad.

Anak dara kesayangan papa ( yg lain pun darling papa jugak) Sufia Aishah di Pasti Iqra Siti Fatimah. Muhammad Hafiy Uthman pulak biasala, sekolah dengan kakak ( maid kami yg berasal dari Jawa).

Semoga Allah ,murahkan rezeqi kami tahun ini dan tahun-tahun seterusnya...
Mama kini sedang mengandung, anak kami yg ke enam....Alhamdulillah, this is the best news fr this year so far..